ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU KE 22

 


Tarikh hari ni 25.5.2001- 25.5.2023

Merupakan tarikh perkahwinan aku Shakhlizana shuib graduan UKM ( Kuliah bhs Arab) dan suami ku Dr Ismail bin Hj ibrahim (Graduan USM) Beza umur kami 4 tahun. Perkahwinan yg disusun melalui perantara abangku. Dan kami di anugerahi 4 zuriat yg aku sayang sampai Syurga. Memulakan perkenalan setelah di ijab kabulkan namun kami percaya pd penyusunan yg allah susun  yg terbaik utk kami. Tempoh menyesuaikan diri sangat lama sbb kami x sama.. Dan sudah tentu setiap ujian itu rupanya yg terindah hadiah dr allah utk kami lebih mengenali diri masing- masing.

Hala tuju dakwah dan misi menjadikan anak kami menjadi generasi al hafiz yg menjadi kata sepakat dari awal perkahwinan..( itu yg sama)


( secebis kisah kami)

Meski banyak coretan utk kisah hidup kita. Pengorbanan demi pengorbanan kita berikan antara satu sama lain, untuk keluarga kita. ianya beri kita titik keserasian yg mengukuhkan ikatan ini sampai ke syurga allah. Dan subhanallah. Semua dgn izin allah. 

22 tahun usia perkahwinan ini dan allah beri kau sentiasa ada disamping ku menjadi rakan, sahabat teman dan kau suamiku Dr Ismail. Terima kasih kerana sentiasa ada disamping Ku. Kita x sempurna.kita dulu pernah muda, kita dulu sihat dan kuat bekerja. Dan skrg kita bersama menuju hari tua dlm keadaan saling mengerti,saling memahami, saling melengkapi..😘 Semoga diizinkan allah utk terus melihat pembesaran anak -anak dan kejayaan mereka. Menyambung cita - cita umi abi yg belum terlaksana.

Doakan kebahagian kami sekeluarga. Amen.. Sampai syurga. 

Foto : konvo ukm 2001

(muiz dalam perut ummi)


Terbaru Lebih lama