KEPUTUSAN UPKK TAHUN 2022

 KENYATAAN MEDIA 

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN Bil.2/2023

 KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022 



1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang. 

2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator 

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula

9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :

i. UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau

ii. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.


4. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF

Ketua Pengarah 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

7 Mac 2023

Terbaru Lebih lama