NAMAKU SHAKHLIZANA BINTI SHUIB

MATA PENA 1

Bab 1

Nama ku Shakhlizana Shuib.Jarang didengar tapi kata rakan - rakan dari dulu. Sekali dah fasih sebut pasti tidak akan lupa sampai bila - bila. Unik kata mereka sebab tak der orang yang ada nama seperti ku.

Orang akan sentiasa bertanya. Apa maksud nama Shakhlizana ni. Aku diam. Geleng kepala. TAK tahu. Nanti balik tanya mak ya, apa makna nama? Pesan guru sekolah rendah.

Itu soalan yang sering di tanya. Aku cuma tahu. Aruah abang ku yang meninggal ketika umur 2 tahun nama nya Shushakhli. Dan nama ku di ambik sempena hujung namanya shakhli dan di tambah Zana. Nak tahu, abang sulung ku juga punya nama yang menjadi bualan ustaz dan ustazah, Shushilil Azam namanya. Mak ambik sempena nama seorang pengarang hebat dari Indonesia. Nama kami bertiga sahaja yang pelik dalam family ku. 

Usia ku bertambah, aku ke sekolah menengah.

 Semangat dan sokongan mak dan ayah nak aku melangkah kaki sekolah Maktab Mahmud Alur Setar Kedah. Masyaallah semuanya belajar dalam bahasa Arab. Satu kejutan untuk ku. Aku memang agak lemah dalam semua pelajaran. Dan aruah ayah berusaha gigih mengajar ku sebelum hari temuduga sehingga aku berjaya dalam temuduga dan bermulalah eipsod jadi budak maahad. 

Dan secara peribadi aku mengaku, aku bukan budak yang bijak. Aku belajar perlahan lahan untuk menyesuaikan diri dengan Suasana baru.

Masih berkaitan nama ku. Bila dah belajar bahasa Arab aku elakkan rakan - rakan memanggil nama ku zana. Panggil shakhlie sahaja. Aku tidak gemar makna di hujung tu. Sbb mengikut pemahaman ku. Maknanya agak kurang baik.

Hingga aku ke peringkat sek men dan University  makna nama aku masih di jadikan bahan pertanyaan ustaz dan ustazah didalam kelas. Jiwa aku kembali tersentuh bila seorang ustaz berkata. Kita ni nak letak nama anak. Letak lah nama yg baik bukan makna yg tidak baik. Nama ku jadi bahan. Aku merasa sangat sedih. Hingga aku persoalkan pada emak kenapa mak letak nama aku begitu. Aku rasa sedih bila sentiasa menjadi modal ustaz dalam kelas. 😔Niat ustaz nak beritahu pada orang lain agar memilih nama yang baik . Aku tahu dia cuma ingin menyampaikan pesan berilmu. Tapi dia lupa. Dia memberi tekanan pada jiwa seorang gadis yang masih mentah dalam kehidupan. Aku menerima tekanan tapi aku diamkan sahaja dalam benak hati. 

Satu Hari, muncul seorang rakan menyapaku. emmm.. bersungguh dia berusaha mencari sesuatu yang sebenarnya sangat membantuku .( Maka sejak itu terjawablah persoalan yang aku tidak tahu)

Sekarang pengajiannya sudah di peringkat PHD. Katanya Nama ku punya maksud yang baik. Dia merujuk kamus arab tebal. Mungkin kalau aku dan orang lain hanya lihat kamus biasa. Dia refer kamus tebal yang lebih mendalam penjelasannya. شخل (SyaQala) bermaksud "sufi, bersih, suci".. Zana juga makna yang sama.

Lantas  aku terdiam. Termenung dan aku mula mencari kamus tersebut. Memerhati dan merenungi dan bersyukur  Benar lah. Katamu benar. Dan hatiku berbunga kembali. Lantas aku pulang dan memberitahu mak. Mak jawab sikit ja. Haaa... Tulah.. Mak letak nama elok dah sangat. 🤭

Masa berlalu. Bila orang bertanya maksud nama ku aku cuma senyum. Tidak menjawab apa - apa.Aku rasa malas nak bercerita sebab kerana aku perlu katakan dalam kamus ni begini begini... Cukup aku sahaja tahu. Nama ku begitu istimewa... Kerana ia punya maksud mendalam dan nama ini ada kaitan dengan aku dari aku Dilahirkan hingga akhir hayatku.. Dan hingga saat aku menulis ini. Aku bersyukur kerana nama ku Shakhlizana. 

- Seorang sufi yang menguzlah diri dari masyarakat. Menguzlah diri dari segala dosa Zahir batin, lahir batin dunia hingga akhirat. Dan sesungguhnya aku ini masih dipandu oleh guru jalan menuju jalan yang benar.. Dan jalan ini masih panjang. Perjalanan mencari redha alllah.

Kata guruku. "Kau kena bersyukur dan menghargai nama kau. Sebab nama itu istimewa" . Alhamdulillah. Terima kasih Allah dan terima kasih guru sufiku. 

Terima kasih pada rakan tersebut sahabat yang pernah berjasa pada ku satu ketika dahulu.. Merungkai satu belenggu yang menjadi tekanan padaku dari kecil hingga aku temui jawapannya. 

Nama ku bermaksud orang yang menguzlahkan diri dari orang lain.menguzlahkan diri dari maksiat. Suci dan bersih.. Subhanallah.. Masyaalah.. Itu yang dimaklumkan oleh guru. 

Nama shj. Tuannya byk dosa yang belum bersih. Moga allah mengampunkan segala dosa ku. Amen

Next episod

( Mohon hormati privasi tulisan ku, bukan utk dipersendakan atau diperolokkan. Jadilah orang yang beradab dalam tingkahlaku)

Terbaru Lebih lama