BAB 2
( 24.1.2023 )
Sahabat..
Aku bukan penulis hebat, tapi tiba - tiba aku teruja untuk menulis di laman blog ku ini. Disini saja ruang untuk aku bebas berkarya "tanpa syarat ". Aku perlukan kebebasan, Rule itu baik dan bagus. Tapi untuk orang seperti aku yang sederhana ini aku perlukan ruang dan tempat yang sesuai dengan kadar kemampuan diri aku. Blog merupakan ruang dan peluang untuk aku berkarya - aku ingin ingin belajar menulis dan mengasah bakat yang tidak berada ada ini.
Mungkin dulu aku pernah menulis sewaktu zaman sekolah rendah hingga ke menengah.Aku suka berkhayal hingga berhasil lahirkan bebearapa sajak dan ada beberapa cerpen kisah remaja aku hasilkan.tapi itu cuba dalam buku latihan sekolah. Siapa pembaca setiaku..adikku dan sahabat baikku. Untuk apa aku menulis..Hanya sekadar menghibur hati. Aku juga gemar melukis potrait lukisan. Aku habiskan masa melukis di kertas . Ayah perasan minatku tersebut. Tidak terlalu cantik tapi aku suka. Ayah bising , memujukku agar tidak membuang masa . Katanya mataku akan rosak kerana fokus merenung objek untuk melukis.Aku diam sahaja. Ada ruang dan peluang aku melukis lagi.. Sebab ianya membuat aku gembira.
Tasnim dan fahmi sebenarnya mengikut jejakku dalam dunia Seni. Hasil mereka lebih bagus dari ummi mereka. No worries. Mungkin sewaktu zaman kanak - kanak aku hantar anak - anak ke kelas Art. Jadi mereka punyai basic yg lebih baik berbanding ummi diaorang.. Wonderful.. Satu pengisian masa yang baik untuk anak - anak ku.
Masa aku kecil aku sangat pendiam . Itu personalitiku . Aku hilang kan diri tiba- tiba. Kemana aku pergi ? Dirumah Tuk Minah banyak buku- buku dan aku suka membaca . Satu demi satu naskah buku cerita , majalah aku capai dan membaca. Disinilah aku diamkan diri seorang diri. Buku karya Uthman Awang , Salina dan banyak lagi yang aku sudah lupa tajuknya. Kakakku dan Pak Chik gemar membaca(Mereka calun STPM ) , jadi sebab itu banyak buku dan majalah yang sedia dilanggan setiap bulan ada dirumah kami. dan rumah Tuk Minah jadi gudang menyimpan segala buku- buku. Aku seronok.. dalam diam aku mengeledah bahan bacaan yang bersesuaian untuk aku membacanya.
Pernah aku ajak kawan - kawan datang dan ajak mereka membaca bersama ku. Mirip mini library la konon. Hihi..
Nostalgia kan , bila aku teringat kembali. Rumah belakang tuk dah separuh rosak dah sekarang. Tidak berpenghuni.emm. Seram juga bila malam - malam terjeling.. Dan di situlah zaman- kanak- kanak aku dihabiskan. Bila aku bosan aku bergegas kerumah tuk. Hilang dari semua orang, aku capai apa sahaja bahan bacaan yang menarik minatku untuk membaca . Nikmat membaca itu aku masih dapat rasa hingga sekarang . enjoy !!!
Jiwa ku jiwa orang seni...Oh.. macam perasan lah pulak jika orang baca ni ya. Kena jelas maksudku itu. Seni buka macam artis hebat tu sahaja. Orang seni boleh dilihat dalam banyak aspek. Seni ambil gambar, seni membuat video, seni memasak, seni bertukang, seni bersilat, seni bersajak dan banyak lagi. dan kecenderungan aku ada di antara yang aku senaraikan tadi.
Mungkin ,disebabkan minat aku pada dunia seni Fotografi dan Videography mendorongku untuk menghargai semua karya seniku sendiri dengan menjadikan setiap kenangan itu video . Aku melangkah kaki ke dunia Videography . Bermula dengan satu langkah aku mencari dan mencuba segala apa aplikasi yang aku dapat. Ada yang aku dapat kemahiran dari kelas berbayar dan ada yang aku belajar melalui youtube sahaja. Aku tidak malu untuk bertanya dan belajar. Mungkin orang nampak aku seakan tidak yakin dengan apa yg aku cuba buat. Tambahan pulak aku ni perempuan dan ustazah pulak tu. Aku buat muka seposen.terus berkarya dan hasilnya sesuatu yg aku suka.
Zaman itu , belum ada Akademi Youtuber . Aku berguru dengan beberapa guru secara santai hingga apa yang aku hajatkan tercapai. Siapa guru aku. Bermula teman mesraku Zila dan Kamarul (Arizafirst) aku belajar Photoshop secara santai. Bagaimana cara buat secara poster, banner, pamplet. Aku dapat hasilnya. Mereka tidak jemu pandu aku sampai aku dapat. Alhamdulillah.
Video - Program pertama Movie marker sahaja aku mahir. Kmdn aku cari lagi Youlead, filmora, kinemaster. Semua dicuba sampai mahir. Dengan cara sederhana aku Jadikan gambar - gambar sekolah yang aku ambil sebagai video.
Nak tahu siapa guru yang aku Rujuk. Kenal tak ustz Fauzi videography hebat dari Penang. Aku kenal dia dari laman telegram ICT. Dari dia aku tahu banyak perkara tentang video. Dia beri ilmu dan panduan untuk aku buat video. Tidak pernah mempersendakan aku atau memperlekehkan aku. Subhanallah.mungkin dia dapat rasa kesungguhan aku utk belajar jd apa sj aku tanya dan minta diberikan percuma shj. Dan dipandunya aku tanpa jemu. Walau hanya di lama telegram sahaja.
Menyertai akademi youtuber memantapkan lagi hasil kerja. Awal penyertaan kami. Belajar macam - macam. Aku agak pening.. Tp aku follow sahaja. Ikut tanpa jemu. Semuanya percuma.. Bila aku dlm keadaan bertenang aku mula explore apa aku belajar. Aku sekarang aku selesa dengan Canva.wow.. Best sangat. Guru dalam akademi youtuber banyak memberi aku inspirasi untuk aku belajar dan belajar. Meski aku agak slow dalam teknikal tapi aku ada kesungguhan untuk belajar. Aku ikut dengan cara yang aku mampu.Disana ada Yusuffi, Yu Zully dan ramai lagi.Pada awalnya aku tidak berapa mengenali mereka.
Aku follow sahaja dalam suasana PKP banyak masa dan ruang di meja dan aku jadikan bilik surau di rumahku sebagai studio kecil untuk meluangka masa belajar dan mencuba segala ilmu baru tersebut.
Bermula tahun 2015 aku mula masukkan video- video dalam Youtube sendiri. Hasil yang biasa- biasa tapi aku bahagia sebab rakan- rakan guru menghargai setiap apa yang aku hasilkan .Bahagia itu menjadikan kita menjadi orang paling bersyukur. Tidak perlu penghargaan hebat tapi dengan satu ucapan terima kasih dan terus memberi sokongan. dan mereka yang ada disekelilingku waktu tersebut sentiasa memberikan ucapan tersebut hingga aku merasa bahagia untuk terus menjadikan mereka gembira.
Aku juga bukan guru bahasa Melayu, jadi bahasa aku tidak indah dan cantik tersusun . Namun begitu tidak menjadi satu kesalahan untuk aku terus menulis. Biar saja ia nya jadi satu kenangan untuk anak cucu aku kelak membacanya. Usia yang agak banyak sekarang , aku perlukan satu ruang dan masa bertenang untuk membuat sesuatu yang bermakna untuk aku tinggalkan nanti. tak semua perkara dapat kita luahkan dengan kata- kata, namun mata pena sebagai ganti untuk menyatakan sesuatu.Betul kan!!
Semoga usaha aku untuk memberikan sesuatu ada yang mendapat manfaat untuk generasi akan datang .Meski aku tak pernah mendapat komen, respon mahupun kata semangat dari sesiapa. aku akan teruskan . Aku beritahu suamiku.Abi, "Jika satu hari ummi dah tiada dimuka bumi Allah ini, semoga ada bahan berharga boleh umi tinggalkan untuk generasi yang ditinggalkan. dan tanpa rasa bosan aku terus berkarya,melahirkan bahan dakwah untuk kutinggalkan pada generasi hari ini.
Hidup kita ini , kita nak beri kemudahan untuk orang lain menikmati NIKMAT BAHAGIA.
Pernah tak dengar , jika kita memudahkan urusan orang lain , Allah akan mudahkan urusan kita?
Hingga hari ini , aku berpegang dengan kata- kata ini.
Satu Hadis riwayat Muslim yang berbunyi " Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan di Akhirat ". Siapa tidak mahu urusan kita dipermudahkan oleh Allah kan ?
Masyallah .. benarlah janji Allah itu .
next episod