SELAMAT TINGGAL TAHUN 2022
Banyak pengajaran berharga kuperolehi sepanjang tahun 2022.
Setiap tahun baru adalah suatu pembelajaran, pertumbuhan, dan harapan. Semoga minda dan jiwa anda diperkaya dengan perkara-perkara tersebut dan lebih banyak lagi pada hari-hari yang akan datang!
Aku bersyukur atas segala apa yg kau beri. Aku tak rasa apa yang aku lalui itu satu kepahitan Ujian menjadikan aku belajar dr setiap satu nya. Hikmahnya memberi makna untukku dan aku bersyukur kerana aku dapat memahami setiap hikmah itu satu persatu .
Kenapa Allah pilih aku.. Sebab.. Allah sedang mendidik aku untuk jadi lebih baik dari diri aku sebelum ini. sebab Allah sedang, sentiasa mendakapku dalam setiap ujian tersebut.
sebab... Allah tidak biarku aku dia bantu aku..
Sebab .. allah celikkan mataku dari tidur lena yang panjang
Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa jalan penyelesaiannya.
Suami aku sakit. Aku harungi menjadi ketua keluarga.dan di bahu ku t. Jwb dan cabaran yg sangat berat. Aku harungi. Dgn Allah sj menjadi tmpt ku menyatakan apa sahaja.
Aku sakit. Tumbang juga Akhirnya.. Walau itu yg sentiasa aku doakan. Bg aku sihat supaya aku sentiasa ada utk keluarga ini. Aku tumbang pertengah thn 2022.
Dan aku sedar. Allah sedang mendidik hatiku agar lebih ikhlas dalam perhubungan kami. Dan aku rasa. Allahukbar. Tiada apa satu pun yg aku milik.. Semua Allah punya. Nikmat sihat. Nikmat bahgia nikmat, nikmat rezki yg melimpah ruah.
Allahukbar. Hebat penyusunan Allah pd ku.
Dan aku lebih menghargai kehidupan, menghargai pasanganku.Allah menjentik jiwaku aku dgn sakit ku. Supaya aku lebih mengerti bagaikan org sakit rasa.
Kami lebih akrab, saling berkongsi bahan cerita, saling memotivasi saling menghargai. Saling bersyukur atas rezki yg sedikit. (Dulu suami aku Dr ..banyak rezki kami)
Saling berusaha menghimpun doa utk diri dan anak anak!!
Saling menguat!!
Dan itulah hikmah yg allah bagi sepanjang ujian yg aku Lalui sepanjang usia kami.
Usia berbaki ku hanya utk memberi, Aku nak terus beri kebaikan utk ummah dan aku mahu melihat kejayaan anak anak hingga ke peringkat tertinggi, bertemu jodoh mereka dengan pasangan yg baik, keluarga yg baik, penghidupan yang baik utk mereka.
Dan semoga Allah memberi pengakhiran yg baik untuk ku, untuk suami Ku Dr Ismail.
Kau sangat hebat suami ku. Dan jika ujian sakit itu allah berikan pd ku. Aku x mampu melalui nya seperti mana kau tangung segala kesakitan tersebut.
Dan aku bersyukur di pilih Allah utk berada di damping mu utk aku cuit sedikit pahala. Dan jika amalku ku disisimu boleh jd Ladang pahala utk kita berjalan bersama menuju ke negeri abdi. Izinkan aku bersama mu..
BIL ANDA BELUM DI UJI .. BELUM MASA NYA..
DAN BILA KITA DIUJI ITULAH KASIH SAYANG ALLAH UNTUK KITA UNTUK MENGUJI KEIMANAN, UNTUK MENGUJI KESETIAAN, UNTUK MENGUJI DAN SEKALI GUS MENDIDIK HATI
hebat dah ni...saya baru merangkak..tahniah cikgu
BalasPadam