KECEDERAAN KAKI YANG TIDAK DIDUGA

 


Ready nk tido semalam.. Tiba - tiba kaki ini minta di beri perhatian...Pkrakk..bunyi yg kononnya aku sj dapat dengar.. Kesan gerakan perlahan shj.. Tp mendatang kan sakit yg teramat.. Allah.. Sakitnya.. ( menahan kesakitan).tidak dapat bergerak lagi walau pelbagai percubaan di kakukan. Hampir setengah jam terdiam. Bila percubaan berjalan. Longlai..tiada keupayaan utk berjalan walau selangkah.. Lemah..
Tringat anak sedara sorang gee memang ahli bhgn terapi kaki ni.. Dgn bantuan anak sedara yg baik ni.. Hingga 1 pagi berusaha follow teknik yg diberikan dengan sungguh - sungguh. 
( dalam fikiran ni "siapa nk hantar abi dialisis, siapa nk uruskan itu. Siapa nk uruskan ini. 😅)
Akhirnya tertidur dalam keadaan awalnya sakit. Kmdn lega dan terus dialun mimpi. Sedar.... Mendengar abi baca quran. Dan kemudiannya.........

Khamis ( 9 Mac 2023)

Bangun awal pagi.. Ohh. Sakit.. Masih sakit. 

Patah ke, nanti x boleh jalan mcmana. Aku cuba bangun, memaksa diri untuk bangun. Tak boleh. Aku harus jalan. Mesti jalan. 

Percubaan demi percubaan dilakukan dilakukan. Pagi ni solat atas kerusi roda. Alhmdulilh.. Masih kukuh kerusi roda milik suamiku. Lama x digunakan dibilik belakang dan hari ini, aku tuan nya sekarang. Berat badan ni penuhkan ruang kerusi roda ini.

Macam - macam zikir dan cara rawatan cuba aku buat sejak semalam. Yg selebihnya aku ltk semuanya tawakal pd allah.. Sbb dah x boleh nk fikir lagi. Sbb allah.. Sakitnya.. Aku serah pada mu ya allah.. Kau sembuhkan aku. Kau mudahkan urusan exam SPM tasnim pagi ini.

Ke hospital Seri Manjung ( tQ cikgu Junaidah Pra jiran depan umah saya hantar dja ambil sy di hospital) 

(8 Mac 2023) 

Syukur Allah. Allah izin aku masih sihat., cuma kaki ini shj. Mata dah berair turun tanpa diminta. Meleleh. Dan hingga rakan sekolah yg juga jiranku, ku cikgu junaidah sampai depan umah. Belum lg kering lap air mata..

Hati tiba- tiba syahdu. Ingatkan kesakitan suamiku yg pada aku dia lg sakit diuji dari aku.

Ingat anak yg tgh SPM . Umi nk hadir hari gradusi akhir sek mu tasnim.. Umi mesti hadir. Hari tu hari penting untuk tasnim. 

Ingat byk dosa ini. Byk difikiran. Lalu aku tarik nafas dalam-dalam... Go. Go.. Move on..

Mesti kuat shakhli.. Aku serahkan padamu tuhanku..

Dan pagi ini juga allah izin selepas telan sebiji cuma ubat ni. Kaki boleh jalan sikit walau menahan sakit yg banyak. Aku di sorong kerusi roda sepanjang berada di hospital seri manjung ini. Gayat hati kena sorong kerusi ni. Rasa nk bangun jalan sendiri ja... Huhu.. 

Aku biasa uruskan orang.. X selesa menunggu org uruskan aku. 

Mata liar memandang sekeliling. Sabar menunggu anak dtg.dia cari kerusi roda. Lama.. Sabar tunggu giliran.( orang sangat ramai) Beginilah yg suamiku rasa dulu.

Hikmah yg belum aku rasa. Aku perolehi semalam dan hari ini. Jika ada kesilapan hati mahupun kata kata yg mungkin allah murkai.. Ampuni aku. Maafkan aku.

Sembuhkan aku. Moga dengan nikmat sihat ini masih dpt beri bakti utk keluarga ku yg bergantung sepenuhnya pada ku.. 

Amen. Amen.. Doakan aku sembuh ya..

Doktor kata ok. X patah.. Dah dicucuk utk kurangkan kadar sakit yg kuat tu. 

Misi dah cucuk tadi. Alhmdulilh.. 

Sekarang tunggu giliran ambik ubat.tQ.anak ketiga umi. Abdullah Fahmi. Dr tgh malam semalam, berusaha bantu umi hingga hari ini.

Tamat.



Terbaru Lebih lama