MELIHAT ALAM CIPTAAN ALLAH- TELUK BATIK

 BAB 3

 24 Jan 2023| 2 Rejab 1444H

MELIHAT ALAM CIPTAAN ALLAH


Hari ni hari cuti terakhir, cuti raya Cina. Cuti kali ini tidak kemana- mana. Seorang sahaja anak balik kerumah. Pun rasa bersyukur ada anak sulung balik cuti menemani aku dan suami. Suami beberapa minggu kebelakangan ini kesihatan agak kurang baik. Kerap sakit perut dan keadaan badan tidak berapa baik. Muiz balik kami rasa seronok , tak lama lagi cuti sekolah menderu lagi pulang lagi 2 orang. Alhamdulillah     

    Aku ajak anak sulungku ke Teluk Batik hari ini.Ambil angin laut. berjalan - jalan sahaja disepanjang persisiran pantai Teluk Batik. Esok pagi muiz dah nak gerak pulang ke uia Gombak.

Beberapa hari lepas, aku ajak muiz teman ku ke tepi Laut juga. Ke Lumut. Ambik angin dan ambik beberapa video di sana.. emmm sunyi kembali ruang rumah ini.Suasana hari ini tenang , ada ramai pengunjung, tapi seperti kata pak chik jaga tadi. semalam lagi sesak puan.. penuh dan jem sepanjang jalan. Aku sempat menjawab dengan gurauan. Allah bagi gerak rasa tak datang semalam. Sbb tu saya datang hari ni.. Hehehe. 

    Kami tak mandi pun , just jalan- jalan ambik angin sahaja sambil videokan semua permandangan indah yang ada didepan kami.muiz, layan ja umi dia. Minta video dia video. Minta ambil gambar dia akur. Nampak ya semakin memahami minat ummi nya. Jauh aku berjalan kali ini. selalu hanya duduk duduk sahaja tapi kali ini kami berjalan hingga ke hujung sana. dan banyak moment indah terlakar hari ini.Sangat berpuas hati . 

Pasti buat hati ku berbunga- bunga hingga beberapa minggu. 

Habis sesi lihat alam, kami bergerak ke gerai .Menikmati laksa dan udang goreng celup tepung di gerai Teluk batik. Perut lapar minta di isi. Ada pulak laksa, lalu aku pun duduk singgah menjamu selera dua beranak di bawah teduhan atap zink gerai ini." Sedap juga" bisikku di dalam hati.Mata terpana memandang udang tepung celup tepung yang di goreng si gadis manis lingkungan umur 20an .lantas aku lirik kan mata minta anak sulung ku order sepinggan udang celup tepung Viral berharga RM10 sepinggan (45 ekor saiz kecil) . Masyaallah. Sangat rangup dimakan panas - panas ditemani anak sulung ku.










Tak perlu tempat jauh dan mahal untuk sebuah moment indah ini. Tapi. Kalau ada bonus tu.. Hahaha. Apa lagi.. Jom kita g tempat jauh. Cukup sedikit. Tapi meninggal kan kenangan yang cukup indah.


Bersambung ....



Terbaru Lebih lama