Subhanallah.. Allahukbar..
Minggu - minggu akhir sesi 2022/ 2023 paling mencabar hati dan jiwa.. Tapi sedaya upaya Jadikan semuanya cantik, elok dan teratur dalam kesibukan diri masing - masing.
Masuk ja tahun 2023 plan kan supaya urusan panitia P. Islam berjalan lancar.
Aku nk pastikan KBS dapat di jalan kan seperti yg di rancang kan. Syukur ada rakan - rakan yang sentiasa positif nak membantu, mana tahu jika aku tiba-tiba ditukarkan sekolah. Al maklum dah cukup haul. Aku nak apa yang belum di laksanakan dapat berjalan. Rasa lega dna syukur.
Semua jalan seperti yang di rancang. Program di bawah Panitia P. ISLAM ni program sepanjang tahun. Sentiasa ada.. Tugas dakwah ni tidak akan terhenti.. Ianya berterusan..
Baik lah., berbalik tugas sebagai jurugambar sekolah. Kami mulakan dengan shoot secara seorang demi seorang murid cemerlang SPITSR dan cemerlang Bahasa Arab, ni khas utk panitia pai.
Aku dan Noni luangkan masa lebih kurang 2 hari stgh untuk shoot gambar yg pada kami paling win la utk sekolah kami. Alhmdulilh..
Ini gambar - gambar sesi gelap kami belakang tabir. X der sesiapa kat sekolah perasan apa kami buat. Sbb kami dok dlm bilik ni.
Jubah tu baru jer sampai. Aku iron kat rumah. Alhamdulillah. Bermanfaat iron a way ni sekali letak dah lendik elok. 👍
10 pasang sekali topi siap iron dan jubah pentadbir ready iron. Gantung siap nk bawa masuk galeri utk shoot. Noni dah ready tunggu.
Sebelum tu, aku dan Noni berusaha order dan beli Jubah Graduasi baru secara online. Jenuh juga kena berleter dek syarikat tu. Yg katanya last minit baru order. Lain kali Jangan buat lagi cam gini k "katanya melalui whtsspp.
Aku cuba mengiakan sahaja.
Jubah baru kami kali ni biru utk pentadbir dan merah untuk murid. Inilah warna last jadik. Setelah beberapa pilihan warna reject dek tidak cukup kain kata pembekal.
Gambar dibawah ni, hasil pekerjaan kami berdua. Noni panggil murid cemerlang spitsr mengikut kelas. Tahun ni ramai. Layan je la budak - budak ni sorang demi sorang kami shoot. Nampak gembira mereka disarungkan baju merah ni. Memang cantik. Aku memang pun suka merah. Tepat pilihan noni. Awalnya kami ambik purple. Kebetulan allah susun purple habis kain. Maka ini yang playing terbaik. Alhamdulillh...
Ceria, gembira.. Itu yang aku nampak pada wajah setiap murid. Mereka pasti rasa teruja dna teramat gembira.
Wah.. Macam konvo la ustazah. Last sarung kan masa Graduasi Pra / pasti / tadika masing- masing.
Kegembiraan murid, Kegembiraan kami sebenarnya..
Beberapa hari tapi beri kepuasan utk kami.
Dan bila hari Graduasi x der teruk kerja kami nk menguruskan gambar yg terbaik. Dah ada gamabr ni yg lebih cantik.
Sbb masa dah Suntuk, kami tidak bercadang nk menjuai. Tp atas prihatin kedai Buku, mereka bantu kami menguruskan penjualan. Sedikit untung diberikan utk kedai Buku dan lebih an untung kami slauran utk kegunaan galeri foto. Ad ala sikit boleh beri barang utk galeri.
GB pun galakkan kami dapat dana boleh salur utk kemudahan fotografi sekolah. Katanya.
Ni... Kami shoot gamabr pentadbir.. Layan ja 5 pentadbir memotret gambar gradusi