AKU TIDAK TAHU NAK BERMULA DARI MANA.
Subhanallah..rasa kagum dan gembira bila mana membaca coretan rakan- rakan Akademi Youtuber. Hebat mereka.Pelbagai anugerah mereka telah perolehi dan mereka berkongsi kejayaan bersama kami dlm team Akademi Youtuber.
Aku melihat dan jauh di sudut hati aku ingin jadi seperti mereka. Masyallah mesti mereka bukan biasa- biasa. Kejayaan itu mesti bermula dari sebuah kesungguhan yang dari situ terhasilnya kejayaan.
Aku mahu jadi seperti mereka. tapi aku masih lagi merenung diri. mencari apa yang boleh aku kehadapankan. Masih baru, masih banyak kekurangan .Tiada apa yang boleh aku ketengahkan , namun aku ingin mencuba.
Mungkin sebagai permulaan langkah ini, aku msti mulakan dengan mengumpul dan membuat satu pembaharuan dalam teknik dan cara aku.
Bismillah..bantu aku Ya Allah..tunjukkan aku jalan, dan hadirkan mereka yang dapat membimbing aku.kerana jika aku keseorangan, sesungguhnya aku tidak mampu untuk melakukannya...