KATA MOTIVASI HARI INI

 Assalamualaikum, semoga mendapat keberkatan pada pagi ini dan cemerlang dalam menjalani kehidupan hari ini


AL-QURAN & UMUR


Berkata Abdul Malik bin Umair:


"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Qur'an".


"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Qur'an".


Berkata Al-imam Qurtubi:


"Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".


Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.


"Perbanyaklah membaca Al-Qur'an, jangan pernah kau tinggalkan kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca"


Berkata Ibnu Solah:


"Bahawasanya para Malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca Al-Qur'an, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".


Berkata Abu Zanad:


"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumah pun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Qur'an".


Berkata sebahagian ahli tafsir:


"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Qur'an maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".


"KAMI memohon kepada Allah SWT agar memberikan taufiqnya kepada KAMI dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan kandungannya".


Bila anda cinta pada Al-Qur'an maka sebarkanlah.


Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Qur'an maka pahala akan mengalir pada anda. 

Insyallah Aamiin Allahumma  Aamiin🤲


#Salam18JamadilAkhir1444H/11Jan2023

#SalamSubuh 

#PrayMalaysiaFreeCovid19

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama