Kulakar kan bait- bait bicara
Dari Ukiran Jiwa
Selagi Nafas ini terus terhela
Adakah kau mahu
bayangku hilang
bersama malam?
atau mahu
aku lenyap
dalam sinar siang?
~♥Bicaraku,
di dunia sempit
dalam nafas
bahasa kampung
menterjemah nyiur melambai
melukis hamparan rumput hijau
sedang duniamu kota
menikmati musim bunga dan luruh...
menyambut hujan salji gugur
berbicara biru
duniaku budaya ibunda
terperuk di pinggir desa.♥~